Kisah raja perempuan Kelantan

Kisah raja perempuan Kelantan


"SAYA tak kenal Cik Siti Wan Kembang tapi semangatnya ada dalam diri saya," kata Yang Dipertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Kelantan, Aishah Mahmood, saat diajak berbicara tentang Cik Siti Wan Kembang yang sangat sinonim dengan negeri Kelantan.

Aishah, 61, yang merupakan usahawan laut dalam wanita pertama ne

gara menyedari ada sedikit signifikan antara dirinya dengan Cik Siti Wan Kembang, raja yang memerintah Kelantan dari tahun 1610 hingga 1677 itu. Semangat jagoan dan kepimpinan Cik Siti Wan Kembang yang mampu 'hidup tanpa lelaki' bagai ada persamaan dengan Aishah, ibu tunggal beranak lima ini.
"Semangat Cik Siti Wan Kembang kental sekali. Dialah perempu an, 'lelaki' dan hulubalang," ujar Tokoh Maal Hijrah Kelantan 2008 itu lagi yang merupakan wanita pertama di negeri itu yang dianugerahkan gelaran tersebut selepas 50 tahun kemerdekaan

Raja Jembal

Kerana tidak mempunyai pewaris takhta, Cik Siti Wan Kembang tel

ah mengambil Puteri Saadong anak kepada Raja Loyor daripada keturunan Raja Sakti (Raja Jembal) yang memerintah di Jembal, satu tempat di negeri Kelantan sebagai anak angkat. Puteri Saadong atau Mariam amat terkenal dengan kecantikan rupa parasnya.

Raja Jembal mempunyai empat orang putera dan tiga orang puteri. Berasaskan salasilah, Sultan Kelantan sekarang, Sultan Ismail Petra mempunyai darah keturunan Raja Jembal. Keturunan Raja Jembal juga diwarisi oleh mereka yang mempunyai gelaran Raja, Tengku, Tuan, Ku, Nik dan Wan.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Tengku Mohd. Norhamzah Engku Hussin, 63, semasa beliau kecil, kisah tentang Cik Siti Wan Kembang cumalah cerita dari mulut ke mulut.

"Tapi kami percaya Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong benar-benar wujud. Ia bukan cerita dongeng, atau legenda," katanya.

SULTAN Kelantan, Sultan Ismail Petra mempunyai darah keturunan Raja Jembal.

Menurutnya, Cik Siti Wan Kembang digambarkan sebagai seorang yang jelita, perkasa dan pendekar. Pada masa yang sama, baginda begitu kuat berpegang kepada agama.

Cik Siti Wan Kembang berjiwa halus dan berhati suci serta berbudi luhur. Baginda telah bertemu seekor anak kijang yang sakit lalu dibela hingga sembuh serta menjadi binatang kesayangannya.

Norhamzah berkata, persatuannya juga percaya Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong merupakan manusia terpilih yang dikurniakan keramat.

"Ada yang menceritakan, Cik Siti Wan Kembang memeluk Islam apabila ajaran Islam dibawa oleh pedagang-pedagang Arab. Sebab itulah namanya Wan Kembang, bukan Wan Fatimah atau Wan Aminah.

"Biasanya individu yang menerima Islam dengan sepenuh hati, tambahan pula dia merupakan seorang pemimpin, membawa hikmah yang besar.

Keramat

"Kami percaya wujudnya unsur luar biasa seperti karomah (keramat) pada insan tertentu dan ia bukan mitos," katanya.

Norhamzah menyifatkan ingatan berpanjangan terhadap wanita itu sehingga kini dan kehilangannya di Gunung Ayam yang dikatakan seperti ghaib sebagai antara ciri keramat.

Satu sumber dari catatan pengembara Islam, Ibnu Battutah menyebutkan terdapat seorang raja perempuan beragama Islam bernama Urduga di Kuala Krai (dalam catatan disebut Kilu Krai). Raja perempuan itu pandai menunggang kuda, memanah dan pandai menulis tulisan Arab. Sesetengah sumber mengatakan Urduga ialah Cik Siti Wan Kembang.

Buku Detik-detik Sejarah Kelantan menceritakan Cik Siti Wan Kembang telah membawa diri ke Gunung Ayam untuk beribadat menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah dan kisah hidupnya tidak lagi diketahui.

"Mungkin juga baginda tidak mahu berkahwin kerana mahu memberikan sepenuh jiwanya kepada Tuhan," kata Norhamzah yang melihat persamaan itu dengan wanita sufi, Rabiatul Adawiyah.

Raja Siam

Norhamzah berkata, ada juga pendapat yang mengatakan Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong merupakan orang yang sama.

Ia mungkin kerana persamaan kedua-duanya dari segi perwatakan, unsur keramat serta hayat yang diketahui berakhir di Gunung Ayam.
Puteri Saadong dikatakan mewarisi sifat-sifat keramat ibu angkatnya. Diceritakan bahawa Raja Siam yang ingin mendekatinya ditumbuhi kudis sehingga hanya dapat disembuhkan dengan air telapak kaki Puteri Saadong
Posted by PERTUBUHAN KERABAT RAJA JEMBAL KELANTAN at 11:09 PM 0 comments
Thursday, February 11, 2010
PKRJK D'sinar Harian: Jangan salah guna lambang PKRJK



KOTA BHARU :– :Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) memberi peringatan kepada individu berkenaan yang memiliki lambang/logo kerabat diraja supaya tidak menyalahgunakannya. :Setiausaha Agungnya, Tengku Mohamad Nor Hamzah berkata, peringatan berkenaan diberikan supaya semua pemilik yang berdaftar tidak menggunakan lambang yang diletakkan pada kenderaan mereka sebagai pelindung dalam melakukan sesuatu. :Menurutnya, amaran tegas berkenaan dinyatakan berikutan terdapat kejadian yang berlaku di Pahang baru-baru ini iaitu pihak polis menahan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan kereta mempunyai lambang kerabat diraja. :“Kami ingin memberi amaran keras kepada ahli-ahli sah ini supaya tidak sekali-kali merasakan lambang ini dapat melindungi diri dan melepaskan setiap kesalahan yang individu lakukan. :“Sepatutnya mereka menjaga nama baik pertubuhan dan bagi saya setiap kesalahan yang dilakukan adalah atas kesilapan individu serta kita tidak akan bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian semalam. :Tengku Mohamad berkata, pemilikan logo berkenaan adalah dikawal sepenuhnya dan mempunyai nombor siri tertentu. :Menurutnya, bagi keahlian pertubuhan bagi keempat-empat negeri ialah melebihi 2,000 dan hanya 500 ahli sahaja yang memiliki lambang berkenaan. :PKRJK didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966
Perhimpunan Agong disambut meriah
Buat julung-julung kali PKRJK menganjurkan Perhimpunan Agong di luar Kelantan, iaitu di Kem Integriti , Setiu Terengganu pada 16-17 Oktober baru-baru telah mendapat sambutan cukup meriah.. terima kasih kepada semua ahli kerabat yang berkesempatan hadir serta mengikuti semua aktiviti dan acara yang telah diaturkan... tahniah kepada semua AJK yang bertungkus lumus dalam perlaksanaan program dwi tahunan ini.

Comments

Popular Posts