MENCARI KETURUNAN JEMBAL DI KEDAH

Pertubuhan Raja Jembal Mahu Kesan Anggota Kerabat


KOTA BAHARU, 5 Mac (Bernama) -- Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) sedang menjejaki anggota kerabatnya di seluruh negara khususnya yang telah berhijrah akibat peristwa angin kencang pada 1880.

Setiausaha Agungnya, Tengku Mohamad Norhamzah Engku Husin langkah itu bertujuan untuk merapatkan silaturrahim kekeluargaan.

"Selain untuk membela nasib anggota keluarga, langkah PKRJK itu juga bagi mengadakan pelbagai aktiviti berfaedah untuk kebajikan mereka," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Tengku Mohamad Noorhamzah berkata sebelum ini berpuluh anggota keluarga terbabit dikesan tinggal di Padang Petani, Gurun dan Langgar, Kedah.

"Selain itu, ada di antara mereka yang tinggal di sekitar Kampung Kota Putra, di Besut, Terengganu yang dikenali sebagai Kampung Raja yang menjadi Pusat Pentadbiran Daerah Besut," katanya.

Beliau menjelaskan kebanyakan keturunan Raja Jembal berasal dari Daerah Sering di sini dengan menggunakan pangkal nama "Tengku, Nik dan Che".

PKRJK didaftarkan pada 1992 dan penaungnya ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul aziz Nik Mat.

-- BERNAMA

Comments

Popular Posts